
Selamat Datang ke Lampinmurah.....
Terima kasih kerana mengunjungi kami. Tentunya anda teruja
bila mendapati ada satu laman web mengenai lampin bayi pakai buang berbahasa melayu. Sememangnya suatu masa dahulu perniagaan
utama kami adalah membekal Lampin Murah !. Tak sangka, ramai ibubapa yang ingin berjimat cermat dan prihatin
terhadap anak-anak.
Itu dulu...! sekarang perniagaan tu telah diurus oleh orang
lain. Tapi tak mengapa, saya berikan sedikit sebanyak tips untuk kebaikan bersama.

Nak tengok BABY CUTE? klik sini

|

Ni nak cerita sikit, sekarang saya beralih kepada perniagaan melalui internet 100%. Pernah dengar nama Irfan Khairi? Jutawan internet. Lebih kurang macam tulah saya
buat sekarang. Tapi belum jadi jutawan. Meniaga dari internet ni boleh buat fulltime atau part time. Tak kisah! asal buat.
Tapi kalau buat main-main, dapat lah hasil yang main main. Kalau buat betul-betul baru hasil lebat macam hujan dan ribut petir!!!!
apa kelebihan meniaga dari internet ni?
1. Boleh beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu, 30
hari sebulan penuh takde cuti umum dan 365 hari setahun. Takde cuti tahun.
2. Modal yang kecil. Bermula RM100 pun boleh. Paling baik Bawah
RM1000 banyak benda boleh buat kalau ada bajet lebih.
3. Tak perlu simpan stok banyak dan tak perlu simpan stok lama-lama.
Ada order je baru hantar. Dapat simpan stok lebih lagi bagus.
4. Kos pemasaran yang rendah serta percuma dan merangkumi pasaran
yang luas.
5. Boleh dijalankan automatik. Kita tidur pun bisnes jalan.
6. Kos pekerja dan kos operasi yang rendah. Buat orang-sorang pun
boleh.
7. Pelanggan serata dunia. Lebih kurang 900 juta orang pengguna internet
seluruh dunia sekarang ni. Kat Malaysia dalam 10 juta orang!! ramai tu..!?
8. Satu perkara yang sangat penting, Untung memang cepat! berbanding
perniagaan biasa.
Ada juga peniagaan yang tak payah modal RM0 (zero) orang cakap. Tapi hasil boleh tahan. Ni salah satu
yang anda boleh cuba Google Adsense. Tak pandai buat website pun boleh, tak boleh tulis dalam bahasa inggeris pun boleh, takde modal pun boleh.Cuba
tengok sini pulak.
Apa pun kita mesti ada pengetahuan sikit-sikit pasal internet ni. Tapi takpe, saya boleh rekomen kursus yang bagus kalau nak belajar pasal perniagaan di internet ni. Diorang ni dah berjaya dan berpengalaman buat kursus macam ni.
|
 |
 |
|
|
Lampin jenis ni ada orang panggil MAMAN dan sbg. Kualiti bagus, serapan memuaskan, gambar cantik, Magic
Tape dan Cloth-like (kain).Dipasaran tempatan takde jual. Hanya pasaran luar negara sebab ianya keluaran luar negeri.
Sangat sesuai untuk kegunaan malam sebab ianya lebih tahan dan serapannya bagus. Bagi anak-anak yang
kuat kencing malam semang sesuai.
selamat mencuba!!
|
|
 |
 |

|
Ruam Lampin
Kulit bayi adalah sangat
sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam
keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam
lampin.
Apakah itu Ruam Lampin?
Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna
merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan
bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.
Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?
Gejala-gejala Ruam Lampin
Ruam lampin boleh berlaku
apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan
kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini
akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh
makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk
sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).
Kulit kelihatan merah,
sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
Jika ia dijangkiti kuman, kawasan
ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok- tompok dan dipenuhi
dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.
Penjagaan sendiri
Dedahkan
kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
Apabila
anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .
Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar
lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan
air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).
Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak
mineral atau losyen lemak 'wool', zink dan krim minyak kastor).
Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu
kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..
Gunakan
pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna
bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.
Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas
dengan teliti setiap kali dicuci.
Jangan...
Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
Kerap menggunakan seluar plastik
terutamanya di waktu malam.
Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas.
Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.
|
|
|
Pengedar Perfume Dikehendaki!
|